nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Seorang anggota Maritim maut, 3 cedera dalam operasi kejar PATI

27 OKT : Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut, manakala tiga lagi cedera ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Sungai Padang, Kangar, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berlaku ketika keempat-empat anggota terbabit sedang menjalankan tugas operasi.

Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal), Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41 merupakan anggota Unit Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis.

Menurut laporan BH, insiden itu berlaku ketika bot dinaiki anggota terbabit sedang mengejar bot disyaki membawa 9 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melanggar tembok di pesisir pantai.

Kejadian itu menyebabkan empat anggota terlibat tercampak keluar dari bot tersebut.

Difahamkan, kehilangan Mohd Roshaimi hanya disedari rakan setugas selepas mendapati jumlah anggota tidak mencukupi sebelum operasi mencari dijalankan dan Allahyarham ditemui kira-kira sejam kemudian.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia 14 dan 11 tahun.

Dijangka jenazah Allahyarham yang kini berada diJabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Bersatu, Kuala Nerang, Kedah, selepas proses bedah siasat selesai.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah menyampaikan ucapan takziah mewakili seluruh warga Maritim Malaysia kepada keluarga Allahyarham

“Ketua Pengarah serta seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi bin Mohd Ridzuan, anggota Unit Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Oktober 2026.

“Seluruh warga Maritim Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta para solihin,” menurut satu hantaran di Facebook rasmi agensi itu.

Beliau juga berdoa agar seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.