nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Sarawak: Abang Jo menang tanpa bertanding

28 NOV : Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 selepas calon BEBAS yang dijangka mencabarnya, menarik diri.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jamain Wahab mengumumkan kemenangan Abang Johari pada jam 10.10 pagi selepas hanya satu kertas pencalonan diterima bagi kerusi berkenaan.

Kemenangan itu membolehkan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu mengekalkan kerusi DUN Gedong tanpa perlu melalui proses pengundian pada 12 Disember ini.

Mengulas kemenangan itu, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, kira-kira 30 calon gabungan itu dijangka menang tanpa bertanding di beberapa kawasan berdasarkan maklumat diterimanya, namun jumlah sebenar masih belum disahkan sepenuhnya.

Beliau berkata, meskipun kemenangan tanpa bertanding menimbulkan persoalan mengenai proses demokrasi, mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang mampu mentadbir negeri bagi tempoh lima tahun akan datang tetap menjadi keutamaan.

“Terpulang kepada rakyat untuk memberikan keyakinan kepada pihak parti yang menguruskan negeri ini. Alhamdulillah, nampaknya rakyat negeri ini menghendakkan pembangunan berterusan, khususnya di Sarawak,” katanya pada sidang media selepas kemenangan itu.

Mengulas lanjut kemenangan di Gedong, beliau menyifatkannya sebagai petanda keyakinan rakyat terhadap pentadbiran GPS dalam meneruskan agenda pembangunan negeri.

“Pertama, saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana ada tanda-tanda keyakinan rakyat di Sarawak kepada pentadbiran GPS yang menguruskan pembangunan di negeri ini.

“Saya juga ucap terima kasih kepada orang Gedong kerana memberi keyakinan kepada saya untuk menguruskan bersama rancangan yang sedang dilaksanakan hingga ke tahun 2030,” katanya.

Beliau sebelum ini mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN-12 tahun 2021 dengan majoriti 3,607 undi selepas beralih daripada kerusi DUN Satok yang disandangnya sejak 1981.

Selain Gedong, GPS turut mencatat kemenangan tanpa bertanding di 21 kerusi DUN lain, menjadikan keseluruhan 22 kerusi dimenangi gabungan itu setakat ini.

Berikut senarai 21 kerusi berkenaan:

  1. Bukit Sari – Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
  2. Asajaya – Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
  3. Katibas – Lidam Assan
  4. Bukit Saban – Datuk Amar Douglas Uggah Embas
  5. Simunjan – Yussuf Chik
  6. Sadong Jaya – Aidel Lariwoo
  7. Dalat – Datuk Seri Fatimah Abdullah
  8. Bekenu – Nurfatin Syafawani Tahamat
  9. Satok – Datuk Ibrahim Baki
  10. Lambir – Datuk Dr Ripin Lamat
  11. Tanjong Datu – Azizul Annuar Adenan
  12. Demak Laut – Datuk Dr Hazland Abang Hipni
  13. Layar – Datuk Gerald Rentap Jabu
  14. Sebuyau – Datuk Seri Julaihi Narawi
  15. Beting Maro – Awang Nashfarini Awang Sarbini
  16. Daro – Dr Safiee Ahmad
  17. Pantai Damai – Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
  18. Tupong – Datuk Fazzrudin Abdul Rahman
  19. Repok – Datuk Seri Huang Tiong Sii
  20. Meradong – Datuk Ding Kuong Hiing
  21. Kuala Rajang – Datuk Talif @ Len Salleh

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sarawak ialah 42 daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.