nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Program Kem MADANI untuk tentera jana ekonomi

4 MEI : Anggota tentera juga tidak terkecuali daripada menerima limpahan ekonomi melalui Program Kem MADANI.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menjayakan program yang serupa dengan Program Ekonomi MADANI itu untuk dilaksanakan dalam kem tentera di seluruh negara, tahun ini.

Menurutnya, antara aktiviti ekonomi yang dikenal pasti boleh dijalankan di Kem Kabota di Tawau ialah projek madu kelulut bagi menjana ekonomi anggota Badan Kebajikan Angkatan Tentera 7 RAMD (Bakat).

“Kita memutuskan untuk bersama-sama di kem-kem menjayakan Program Ekonomi MADANI yang diperkenal oleh kerajaan kerana kita tahu masyarakat di luar sana mendapat manfaat besar melalui program-program menjana ekonomi masyarakat.

“Syarikat Bousted Plantation Berhad iaitu anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga bekerjasama dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) bagi meninjau pembinaan 187 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Tambahan dan tapak projek madu kelulut di Kem Kabota, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled memaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut memberi kerjasama terhadap pengisian program itu termasuk projek fertigasi dan cendawan.

“Projek di setiap kem itu adalah mengikut minat masing-masing…projek di Kem Kabota ini juga dilaksanakan dengan kerjasama pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang kita tahu membangunkan penyelidikan terhadap industri madu kelulut,” katanya.

Menurutnya, melalui projek madu kelulut itu, ia berpotensi menjana pendapatan tambahan jika dihasilkan secara meluas selain menyumbang kepada ekonomi negara.

Di kem itu, tyerdapat 60 sarang madu kelulut yang sedang diusahakan dengan penglibatan 20 peserta Bakat.

Sementara itu, beliau hari ini meluangkan masa membuat tinjauan projek pembinaan 187 unit RKAT Tambahan pelbagai kelas di kem itu.

Menurutnya, projek bernilai sekitar RM99 juta yang dimulakan pada tahun 2023 itu dijangka siap pada September 2026

“Setelah siap, warga dan keluarga Kem Kabota akan dapat mendiami rumah baharu yang lebih selesa.

“Kementerian Pertahanan memberikan perhatian penuh terhadap kesejahteraan keluarga tentera kita, termasuklah dalam soal kediaman yang kondusif. Atas dasar itu jugalah, peruntukan senggaraan RKAT tahun ini adalah tertinggi dan melebihi RM400 juta.

“Kesemua ini demi kualiti hidup yang lebih baik kepada warga dan keluarga tentera kita dan tanda penghargaan Kerajaan atas pengorbanan mereka demi negara,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan projek itu akan terus dipantau bersama agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya agar tidak berlaku sebarang kelewatan.

*Foto: Facebook Khaled Nordin

Get real time updates directly on you device, subscribe now.