Singapura hargai bantuan Malaysia bawa keluar rakyatnya dari Iran
23 JUN : Kerajaan Singapura menghargai bantuan Malaysia dan Oman yang memudahkan urusan kepulangan rakyatnya dari Iran.
Jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata Kerajaan Malaysia membawa keluar seorang rakyatnya bersama sekumpulan rakyat Malaysia dan beberapa warga lain dari Ashgabat, Turkmenistan.
“Kedutaan Besar Singapura di Muscat dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur bekerjasama rapat dengan kerajaan tuan rumah dan rakan-rakan kedutaan untuk melancarkan kepulangan rakyat Singapura dari Iran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain itu, Kerajaan Oman membantu memindahkan sebuah keluarga melibatkan tiga rakyat Singapura ke Muscat, Oman bersama rakyat Oman dan warga negara lain.
*Foto : Facebook Singapore Ministry of Foreign Affairs