nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Beza pendapat dalam PKR bukan perkara pelik

8 JUL : Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merai dan menerima perbezaan pendapat semua ahli PKR demi urus tadbir yang lebih baik.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata meski dilihat pelik pada pandangan pihak lain namun ia amalan biasa dalam PKR.

“PKR ini satu parti terbuka yang merai dan menerima perbezaan pendapat. Itu adalah pandangan daripada backbenchers terhadap Kerajaan. Bagi orang lain, mungkin apa ini (nampak pelik)?

“(Dalam) PKR kebebasan memberikan pandangan, saya ucap terima kasih dan menghargai pandangan mereka.

“Dalam PKR, pandangan lebih tajam pun pernah kita terima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri INTAN Minister’s Conversation’ (IMC) 2024 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hari ini.

Semalam, sembilan Ahli Parlimen PKR menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pelantikan hakim.

Bekas Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa pencalonan beberapa jawatan hakim sudah dihantar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan sebelum ini namun tidak diambil tindakan sewajarnya.

Selain Rafizi, ahli Parlimen lain yang terlibat pada sidang media itu adalah Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Rodziah Ismail (Ampang), Wong Chen (Subang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau) dan Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang).

Dua lagi ahli Parlimen PKR yang tidak hadir namun menyokong pendirian berhubung reformasi institusi kehakiman itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.

Saifuddin yang juga Ahli Biro Politik PKR menyifatkan kenyataan dibuat sembilan ahli Parlimen PKR itu tidak menjejaskan parti.

“Rafizi dan mereka masih bersama dengan PKR. Dalam kenyataan bersama mereka terus mendukung kerajaan,” katanya.

*Foto : Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Get real time updates directly on you device, subscribe now.