nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NAS atasi isu alamat tidak seragam, lebih menyeluruh

17 JUL : Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang membangun dan melaksanakan Sistem Alamat Nasional atau National Address System (NAS) untuk negara ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata usaha itu bagi mengatasi kekangan berkait alamat susulan tiada entiti khusus di negara ini yang mempunyai liputan menyeluruh.

“Malaysia mempunyai sekitar 12 juta alamat namun tiada satu entiti yang mempunyai liputan secara menyeluruh. Kebanyakan agensi penyimpan data alamat mempunyai maklumat yang tidak mengikut piawaian, tidak sahih dan tidak berpusat.

“Keadaan ini membawa kesan nyata dalam urusan harian termasuk penghantaran yang tidak sampai atau tertangguh, kelewatan dalam tindak balas kecemasan, cabaran dalam perancangan utiliti dan infrastruktur serta halangan kepada pertumbuhan e-dagang dan kurier.

“Semua ini menjejaskan kemajuan kita ke arah menjadi negara yang berdaya saing secara digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Persidangan Alamat Nasional 2025, hari ini.

Katanya, langkah MCMC itu selaras dengan Seksyen 57 Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741] yang memberi kuasa untuk membangun, mengawal, melaksana, menyelenggara dan mengurus sistem poskod serta pengalamatan di Malaysia.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan inisiatif itu sudah dipersetujui Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Industri Revolusi Keempat (MED4IRN) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bulan lalu.

“NAS juga dikenal pasti sebagai ‘Needle Mover’ di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi yang berteraskan pendigitalan, serta peneraju serantau dalam ekonomi digital.

“NAS merupakan satu sistem alamat yang bersifat autoritatif, berpiawai dan berpusat yang akan menghimpunkan alamat secara seragam, mengikut piawaian Jabatan Standard Malaysia iaitu MS2039.

“Setiap alamat dalam sistem ini akan digeokod dan diberikan pengecam lokasi unik bagi memastikan keseragaman, ketepatan dan keserasian dalam pelbagai sektor,” katanya.

Selain itu, katanya, pelaksanaan NAS akan membawa pelbagai manfaat nyata pada rakyat Malaysia terutama dalam situasi banjir atau kebakaran di mana pasukan penyelamat dapat mengenal pasti lokasi mangsa dengan lebih cepat dan tepat.

Menurut Fahmi, NAS juga dapat memperkukuh sektor-sektor berasaskan lokasi seperti e-dagang, logistik dan perkhidmatan kurier.

“Dengan penggunaan alamat dan koordinat yang tepat bagi setiap destinasi, penghantaran dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, efisien serta mengurangkan risiko kesilapan penghantaran.

“NAS bukan sekadar menyelesaikan cabaran semasa, malah dijangka akan membawa kesan limpahan sosioekonomi yang besar termasuk peningkatan produktiviti, penciptaan pekerjaan dan peningkatan daya saing negara,” katanya.

*FOTO : FACEBOOK FAHMI FADZIL

Dari sudut ekonomi, Fahmi berkata Kajian Pelaksanaan NAS mendapati kesan limpahan ekonomi adalah sebanyak RM2 billion dan bakal mewujudkan lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan baharu di pasaran dalam tempoh lima tahun.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata MCMC diarah untuk melaksanakan Pelan Anjakan NAS dengan projek perintis yang akan menguji model NAS di lokasi terpilih dari segi tadbir urus, teknikal, pentadbiran dan integrasi data oleh agensi berkaitan.

Beliau berharap Pelan Anjakan NAS itu akan diguna pakai semua agensi dan industri dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih berorientasikan digital.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.