Kerajaan tetap usaha perkukuh ekonomi negara

20 JUL : Kerajaan tidak akan berhenti berusaha bagi memperkukuh ekonomi negara.
Pada masa sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mendengar keluhan rakyat dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di bawah.
“Walaupun kita mengambil langkah yang perlu, tapi kita turun dengar rakyat dari segi makroekonomi. Pertumbuhan ekonomi baik, inflasi rendah, pengangguran rendah. Tetapi di peringkat bawah masih ada sedikit kegelisahan.
“Jadi Kerajaan MADANI prihatin kena dengar di bawah. Apabila kita dengar ada keresahan, kita cari jalan untuk ringankan. Ini maksud bila kita santuni,” katanya.
Beliau berkata demikian pada di Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI di Port Dickson, hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka mengumumkan berita baik untuk rakyat berkait kos sara hidup, minggu depan.
Dalam pada itu, Anwar turut menolak dakwaan kononnya kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak bersatu ekoran perbezaan ideologi setiap parti.
“Ini semangat antara kita, orang tafsir di luar lain, tapi bekerja saya sebagai diamanahkan sebagai Perdana Menteri.
“Saya bersyukur, Alhamdulilah walaupun kita gabungan parti, dengan pendirian masing-masing pun faham tetapi semangat untuk bangunkan negara sefahaman itu luar biasa,” katanya.
*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA