nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Ibrahim, Agong pertama lakukan lawatan negara ke Rusia

2 OGOS : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama akan melakukan lawatan negara ke Rusia.

Istana Negara melalui satu kenyataan memaklumkan Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan lawatan negara ke Rusia dari 5 hingga 10 Ogos 2025 atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Seri Paduka Baginda melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan lawatan negara ke negara tersebut sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.

“Lawatan ini turut melambangkan peranan penting Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara,” kata Istana Negara dalam kenyataan yang disiar di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Menurut Istana Negara, lawatan itu bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan dua hala sedia ada, malah ia akan membuka ruang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pendidikan tinggi, teknologi dan inovasi serta hubungan sesama rakyat.

Kenyataan itu turut menyebut, selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia memainkan peranan signifikan mengeratkan kerjasama strategik dalam konteks Rusia sebagai Rakan Dialog ASEAN sejak tahun 1996.

Di Rusia, Sultan Ibrahim dijadual bertemu Putin dan melawat pusat teknologi dan inovasi negara itu.

“Semasa berada di Moscow, Seri Paduka Baginda akan diterima Putin dalam satu Istiadat Sambutan Negara di Kremlin, diikuti dengan satu pertemuan rasmi di antara kedua-dua Ketua Negara.

“Seri Paduka Baginda turut berangkat menghadiri Majlis Santapan Negara yang akan dihoskan Presiden Rusia.

“Seri Paduka Baginda turut perkenan untuk mencemar duli melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) dan Hub Teknologi dan Inovasi Tochka Kipeniya,” katanya.

Selesai lawatan ke Moscow, Sultan Ibrahim juga berkenan untuk berangkat mengadakan lawatan ke Kazan, Republik Tatarstan pada 8 Ogos.

“Di Kazan, Seri Paduka Baginda turut berkenan untuk menerima menghadap Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov dan berangkat mengadakan lawatan ke pusat pembuatan dan pemasangan helikopter,” katanya.

Tatarstan merupakan salah sebuah republik autonomi Rusia dengan majoriti penduduk beragama Islam.

*FOTO : FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.