30 SEPT : Pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di seluruh negara yang bermula hari ini berjalan lancar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata operasi stesen minyak juga dilaporkan terkawal dan teratur.
“Hari ini kita tengok stesen-stesen minyak umumnya termasuk peak hour lancar dan ini bukan berlaku secara spontan, ini berlaku kerana perancangan yang begitu rapi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri Bagi Bulan September 2025 di Kementerian Dalam Negeri, hari ini.
Menurut Saifuddin kejayaan terbesar BUDI95 melibatkat pembelian yang memerlukan pengesahan MyKad bukan sahaja boleh buat di dalam kaunter atau terminal di pam tersebut.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah bantu untuk melakukan naik taraf sistem di terminal stesen minyak melalui kepakaran dan bahagian teknologi maklumat JPN.
“Kita membantu 4,000 syarikat minyak seluruhnya,” katanya.
Katanya, kerajaan akan mengembalikan hasil penjimatan daripada pelaksanaan BUDI95 itu kepada rakyat menerusi pelbagai inisiaitif serta pembinaan infrastruktur lain.