nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dua pertiga kawasan masih belum pulih

6 SEPT: Sebanyak 32.28 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang telah pulih sepenuhnya setakat 6.30 pagi tadi, manakala baki masih lagi dalam proses pemulihan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, Hulu Selangor mencatatkan peratus pemulihan bekalan air tertinggi iaitu 94.12 peratus diikuti Kuala Selangor (91.7 peratus), Petaling (37.17 peratus), Gombak (11.31 peratus) dan Klang/Shah Alam 7.91 peratus.

Dua lagi wilayah iaitu Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih belum mencapai angka peratus pemulihan (0 peratus).

“Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Air Selangor turut memohon kerjasama pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

Pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat turut disediakan di kawasan-kawasan terlibat dengan orang ramai boleh merujuk laman web dan media sosial Air Selangor untuk rujukan.

Air Selangor turut merakamkan penghargaan atas sokongan dan bantuan lori tangki daripada operator air negeri serta agensi-agensi lain bagi membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas, antaranya Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.