nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1 kes baharu Kluster Telaga

5 SEPT: Satu kes baharu Kluster Telaga, Kedah dikesan hari ini sekaligus menjadikan sebanyak sembilan kes positif COVID-9 di bawah kluster tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes ke-9391 itu merupakan kontak rapat kepada kes indeks (kes ke-9284) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Menurut beliau, pesakit didapati positif COVID-19 semasa saringan yang dijalankan pada 3 September 2020.

“Sehingga 5 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,458 orang telah disaring dalam kluster ini.

“Daripada jumlah ini, sembilan kes dikesan positif COVID-19, 2,744 individu negatif dan 705 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Secara keseluruhan, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak enam kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi sekali gus menjadikan sebanyak 9,391 kes positif di negara ini.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 150 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” jelasnya.

Daripada enam kes baharu terbabit, empat kes di Kuala Lumpur itu adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua rakyat Malaysia dan dua bukan warganegara.

Empat kes import tersebut adalah dari Pakistan, Angola, India dan Bangladesh.

Dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu satu di Kedah (Kluster Telaga) dan satu lagi di Sabah yang melibatkan kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) di Hospital Lahad Datu.

Sehingga kini, terdapat lima kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Secara keseluruhan, sebanyak 21 kes yang telah pulih COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,113 kes atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 kes atau 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf Malaysia kerana mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan mempunyai liputan yang sejagat.

“Sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menangani wabak COVID-19 ini melalui pengalamannya yang lepas.

“Kementerian Kesihatan menghargai pengiktirafan WHO ini dan terus komited dalam memperkukuhkan sistem kesihatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara,” katanya.

Pengiktirafan itu dinyatakan oleh WHO dalam sidang media, semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.