26 DIS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan didapati bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kuasa bagi suapan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu jam 9 malam tadi.
Hakim Collin menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Najib atas setiap empat tuduhan menggunakan kedudukan serta lima tahun penjara bagi setiap tuduhan pengubahan wang haram.
Hukuman itu akan berjalan serentak selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Jika gagal membayar denda tersebut, Najib diperintah menjalani hukuman penjara 40 tahun.