nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan SARA, STR 2026 tertinggi, cecah RM15 bilion

16 JAN : Inisiatif Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menelan peruntukan tertinggi setakat ini mencecah RM15 bilion.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata inisiatif itu dapat memanfaatkan 9 juta penerima di seluruh negara bagi pelbagai kategori.

“Kerajaan MADANI kekal komited untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Justeru, bagi tahun 2026, Kerajaan MADANI meneruskan pelaksanaan SARA dan STR dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 bilion. Ia merupakan peruntukan tertinggi setakat ini yang akan memanfaatkan sekitar 9 juta penerima.

“Bagi SARA Bulanan 2026, penyaluran telah bermula pada 9 Januari 2026 melibatkan 5 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan. Mulai hari ini, 16 Januari 2026, penyaluran diteruskan kepada 3.1 juta penerima kategori bujang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata secara keseluruhan, SARA bulanan bagi tahun 2026 akan melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion.

Katanya, angka itu meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun 2025.

“Pelaksanaan SARA pada tahun lalu menunjukkan kadar perbelanjaan yang hampir 100 peratus, termasuk di kawasan luar bandar, sekali gus membuktikan keberkesanan mekanisme bantuan ini,” katanya.

Selain itu, kerajaan turut mensasarkan untuk meningkatkan penglibatan kedai-kedai runcit kecil di seluruh negara kepada 10,000 buah menjelang akhir tahun ini.

“Pada tahun ini, sasaran kedai runcit kecil yang terlibat dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 buah menjelang akhir 2026, berbanding lebih 3,000 pada akhir 2025.

“Langkah ini bukan sahaja memudahkan penerima, malah membantu merangsang ekonomi setempat serta menyokong perniagaan kecil dan sederhana,” katanya.

Bagi STR pula, Tengku Nashrul berkata STR Fasa 1 Tahun 2026 akan mula disalurkan pada 20 Januari 2026, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion dan memberi manfaat kepada 5 juta penerima isi rumah dan warga emas.

Katanya, jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja tanpa henti bagi memastikan setiap dasar dan bantuan yang dilaksanakan benar-benar sampai kepada rakyat, demi kesejahteraan bersama dan masa depan negara yang lebih terjamin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.