nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindaan bagi had tempoh jawatan PM tidak jejas kuasa prerogatif Agong

2 MAC :  Syor bagi meminda Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak menjejaskan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan yang dicadangkan itu juga tidak mengurangkan peranan Dewan Rakyat.

Menurutnya, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 itu mengukuhkan lagi struktur Perlembagaan melalui satu peruntukan yang jelas bagi mengukuhkan sistem semak dan imbang negara.

“Kematangan sseebuah negara tidak pernah diukur kepada lamanya seorang pemimpin memegang tampuk kuasa. Ia diukur pada kekuatan institusi yang menjamin kesinambungan dasar dan pentadbiran negara melangkaui individu.

“Jadi, pengehadan tempoh jawatan bukan penafian terhadap peluang kepemimpinan, sebaliknya satu ikhtiar untuk memastikan negara ini terus dipandu oleh institusi yang kukuh, berfungsi dan tidak terikat pada mana-mana insan semata-mata.

“Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Perdana Menteri bergantung pada kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Namun, Perlembagaan tidak menetapkan had tempoh jawatan tersebut, walaupun jawatan ini memegang peranan yang amat besar dalam pentadbiran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pindaan itu juga sebahagian usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi dan memartabatkan tatakelola negara seperti yang sudah dijanjikan kepada rakyat.

Menteri Kewangan itu berkata cadangan itu juga bukan perkara baharu di negara ini sebaliknya ia sudah lama menjadi sebahagian wacana reformasi institus.

Katanya, Kerajaan MADANI menterjemahkannya sebagai satu iltizam yang jelas untuk melaksanakan reformasi secara konsisten, bertanggungjawab dan berlandaskan Perlembagaan.

“Dari sudut kerangka Perlembagaan, pengehadan tempoh jawatan merupakan satu mekanisme tadbir urus yang diiktiraf dalam demokrasi moden. Mekanisme ini membantu memastikan peralihan kepimpinan berlaku secara tertib, teratur dan berlandaskan undang-undang,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.