nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Separuh penggal pun rakyat sengsara bawah Warisan

9 SEPT: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini adalah peluang keemasan terbaik untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri demi masa depan rakyat yang sudah cukup sengsara berada di bawah kepimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, walaupun baru separuh penggal, namun Warisan gagal dan rakyat Sabah memerlukan kerajaan yang dapat membawa kepada kemajuan dan kesejahteraan ekonomi untuk mereka.

“Kita mahu negeri Sabah selamat, membangun dan sehaluan dengan kerajaan Persekutuan. Kita mahu keselamatan kita terjaga. Kita akan pertahan negeri Sabah hingga titisan darah terakhir.

“Saya berharap dengan himpunan Perikatan Nasional (PN) ini, kita akan capai satu matlamat iaitu mengambil alih kerajaan negeri dalam PRN Sabah 26 September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan PN Sabah di Kota Kinabalu malam ini.

Acara himpunan sulung PN itu dirasmikan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Yang hadir sama Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim.

Sementara itu, Hajiji berkata, PN mampu menubuhkan kerajaan negeri Sabah seandainya semua rakan-rakan komponen termasuklah Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah dapat bersatu padu dan menjaga solidariti sebagai sebuah pasukan.

“Yang penting solidariti kita. Jangan kita gaduh-gaduh. Kita atur baik-baik agihan kerusi. Kalau kita gaduh memang kita hadapi masalah. Kita gunakan peluang keemasan ini.

“Sekarang kuasa terletak di tangan rakyat negeri sabah. gunakan kesempatan ini tukar balik keraajaan hari ini,” jelasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.