29 APR : Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra bakal dibebaskan secara parol 11 Mei ini.
Keputusan itu dibuat jawatankuasa parol peringkat Kementerian Kehakiman Thailand, hari ini.
Thanksin sudah menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara setahun.
Selain itu, Thaksin yang sudah berusia 76 tahun juga tidak perlu memakai peranti pemantauan elektronik berikutan menghidap penyakit kronik.
Thaksin dibenar pulang ke kediamannya dan perlu melapor diri kepada pegawai parol mengikut jadual ditetapkan sehingga tempoh hukuman berakhir, 9 September ini.
Thaksin mula menjalani hukuman penjara setahun di Penjara Pusat Klong Prem pada 9 September tahun lalu.
Hukuman itu selepas Mahkamah Agung memutuskan tempoh rawatan selama enam bulan di hospital sebelumnya tidak dikira sebahagian tempoh tahanan.
Bekas pemimpin Thailand itu sebelumnya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa namun diringankan kepada setahun melalui pengampunan diraja.
Namun, Thaksin masih mempunyai beberapa kes lain yang berjalan.