nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KWSP perkenal i-Legasi, i-Emas, Kalkulator Matlamat Persaraan

KENYATAAN MEDIA

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) 

KWSP hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan ahli, termasuk pengenalan i-Legasi, penjenamaan semula kaedah bayaran bulanan bagi Pengeluaran Umur 55/60 Tahun sebagai i-Emas, dan pelancaran Kalkulator Matlamat Persaraan. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KWSP dalam menyokong ahli untuk mengumpul simpanan, mengurus dan memastikan kelangsungan pendapatan persaraan, serta memperkukuh jaminan kewangan merentas generasi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “Seiring dengan peningkatan jangka hayat, perancangan persaraan harus melangkaui fasa pengumpulan simpanan dan memberi tumpuan kepada kecukupan dan kemampanan. Kami terus memperluas sokongan kepada ahli bukan sahaja untuk menyimpan, tetapi juga untuk membuat keputusan yang lebih baik bagi memastikan simpanan mereka berkekalan sepanjang hayat serta meninggalkan legasi buat insan tersayang.”

i-Legasi: Memacu Kesejahteraan Kewangan Merentas Generasi

Kemudahan i-Legasi membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan KWSP kepada akaun KWSP ahli keluarga terdekat setelah mencapai umur pengeluaran penuh. Jumlah pemindahan adalah selaras dengan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA)1, dengan hanya baki simpanan melebihi tahap Simpanan Mencukupi yang layak untuk dipindahkan.

Pemindahan ini dibuat daripada simpanan yang boleh dikeluarkan dan akan dikreditkan ke dalam akaun persaraan penerima, yang bertujuan untuk simpanan jangka panjang. Pemindahan dibuat daripada Akaun 55 pemberi, atau Akaun Emas bagi ahli berumur 60 tahun ke atas, ke Akaun Persaraan penerima, atau Akaun Emas bagi penerima berumur 55 hingga 59 tahun, bagi memastikan simpanan terus terpelihara untuk persaraan.

Siapa yang Boleh Memindahkan (Pemberi)?

  • Ahli KWSP berumur 55 atau 60 tahun ke atas
  • Mempunyai simpanan melebihi tahap Simpanan Mencukupi (hanya lebihan sahaja yang boleh dipindahkan)
  • Boleh membuat pemindahan kepada lebih daripada seorang ahli keluarga, selagi baki simpanan kekal melebihi tahap Simpanan Mencukupi

Siapa yang Boleh Menerima (Penerima)?

  • Terhad kepada ahli keluarga terdekat (pasangan dan anak-anak)
  • Berumur di bawah umur persaraan minimum kebangsaan 60 tahun
  • Ahli KWSP berstatus warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  • Tiada had ke atas jumlah yang boleh diterima

i-Emas: Memperkukuh Jaminan Pendapatan Persaraan

Kemudahan kaedah bayaran bulanan melalui Pengeluaran Umur 55/60 Tahun sedia ada kini dijenamakan semula sebagai i-Emas, bagi menekankan kepentingan pengurusan simpanan persaraan sebagai sumber pendapatan yang mampan. Berbanding dengan pengeluaran simpanan secara penuh apabila mencapai usia 55/60 tahun, ahli boleh memilih kaedah bayaran bulanan secara automatik melalui i-Emas, sekali gus membolehkan baki simpanan mereka terus menerima dividen tahunan.

“Lebih 21,000 ahli telah memilih pengeluaran bulanan apabila mencapai umur 55/60 tahun, mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap keperluan pendapatan bulanan yang berstruktur selepas persaraan. i-Emas menyediakan fleksibiliti untuk mengurus keperluan harian di samping melindungi ahli daripada risiko kewangan seperti penipuan dan pengurangan simpanan secara mendadak, serta memastikan aliran pendapatan yang stabil sepanjang tempoh persaraan,” kata Ahmad Zulqarnain.

Kalkulator Matlamat Persaraan: Memperkasa Perancangan Secara Digital

Melengkapi inisiatif-inisiatif ini ialah Kalkulator Matlamat Persaraan, sebuah alat digital baharu dalam aplikasi KWSP i-Akaun, yang direka untuk membantu ahli merancang persaraan dengan lebih berkesan.

Kalkulator ini membantu ahli menganggarkan keperluan simpanan masa hadapan berdasarkan jangkaan gaya hidup dan unjuran perbelanjaan. Melalui unjuran berdasarkan keperluan individu, ahli dapat menilai kedudukan kewangan semasa, mengenal pasti potensi jurang simpanan, serta memahami tahap persediaan persaraan mereka. Berdasarkan maklumat ini, ahli boleh merancang lebih awal, memanfaatkan produk dan perkhidmatan KWSP untuk memenuhi keperluan persaraan, serta memperkasa perancangan kewangan masa depan mereka.

Pendekatan Holistik terhadap Kecukupan Persaraan

Secara keseluruhan, i-Legasi, i-Emas, dan Kalkulator Matlamat Persaraan mencerminkan evolusi berterusan KWSP ke arah sistem persaraan yang lebih holistik, yang bukan sahaja membantu ahli membina simpanan, malah mengurus pendapatan secara mampan serta memperkukuh jaminan kewangan merentas generasi.

“Matlamat kami adalah untuk membantu ahli bersara dengan penuh keyakinan dan bermaruah. Dengan memperkukuh daya tahan kewangan generasi seterusnya melalui i-Legasi dan menggalakkan amalan yang lestari melalui i-Emas, kami membantu ahli membina masa depan yang lebih terjamin,” kata Ahmad Zulqarnain.

Untuk maklumat lanjut tentang i-Legasi, i-Emas, dan Kalkulator Matlamat Persaraan, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara, atau merujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun. Ahli juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai Perhubungan dan Nasihat KWSP bagi perancangan persaraan dan kewangan peribadi di semua cawangan di seluruh negara.

1 Tahap simpanan RIA terkini: Simpanan Asas RM390,000, Simpanan Mencukupi RM650,000 dan Simpanan Dipertingkatkan RM1.3 juta

UNIT EDITORIAL AND MEDIA RELATIONS
JABATAN HAL EHWAL KORPORAT

Get real time updates directly on you device, subscribe now.