nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TVET terus jadi pilihan, lahir graduan berkemahiran diperlukan industri

28 MEI : Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus menjadi pilihan lepasan sekolah sebagai laluan untuk membina masa depan kerjaya berkemahiran serta berpendapatan tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan komited memperkukuh agenda TVET sebagai antara pemacu utama pembangunan modal insan negara dan tonggak penting kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan.

“Saya percaya masa depan ekonomi negara akan banyak dipacu oleh tenaga kerja berkemahiran tinggi, teknologi baharu dan budaya inovasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, TVET yang kini memiliki 1,398 institusi di seluruh negara menjadi sebahagian daripada nadi utama pembangunan negara.

“Pada tahun 2025, seramai 229,121 pelajar atau 56.86 peratus lepasan SPM dan setaraf telah memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, manakala jumlah keseluruhan enrolmen pula telah mencecah 459,558 orang.

“Lebih membanggakan, kadar kebolehpasaran graduan TVET negara turut meningkat kepada 95.9 peratus pada tahun 2025 berbanding 95.6 peratus pada tahun sebelumnya.

“Ini membuktikan bahawa TVET bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan generasi muda, malah berjaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang benar-benar diperlukan industri dan ekonomi negara,” katanya.

Justeru itu katanya, sebagai usaha berterusan memperkukuh ekosistem TVET negara, kerajaan mengisytiharkan 2 Jun setiap tahun sebagai Hari TVET Negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan TVET dalam membina masa depan negara yang lebih progresif, berdaya saing dan berteraskan kemahiran.

“Bagi tahun 2026, sambutan Hari TVET Negara akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun dengan pelbagai pengisian menarik yang menghimpunkan institusi pendidikan, pemain industri, usahawan, belia dan masyarakat umum.

“Ini termasuk pameran teknologi dan inovasi, Karnival Kerjaya TVET, seminar industri berimpak tinggi, cabaran robotik dan Drone Soccer, Future Skills Showcase, platform keusahawanan TVET serta pelbagai aktiviti santai serta interaktif untuk seisi keluarga.

“Lebih penting, sambutan ini turut menjadi medan memperkukuh kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri bagi memastikan bakat yang dilahirkan benar-benar memenuhi keperluan pasaran kerja semasa yang berdaya saing dan berteraskan teknologi, inovasi serta kemahiran selaras dengan keperluan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berharap usaha kerajaan melalui penganjuran Hari TVET Negara itu berupaya mengubah persepsi masyarakat bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya pilihan utama kerjaya yang mampu melahirkan generasi profesional, pencipta teknologi, usahawan dan pemimpin industri masa depan negara.

“Ayuh bersama-sama kita jayakan Hari TVET Negara 2026,” serunya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.