nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan 30,000 pelajar masuk universiti ikut pintu belakang tuduhan berat

17 JUN : Tuduhan kononnya 30,000 hingga 60,000 pelajar memasuki universiti awam melalui pintu belakang merupakan satu tuduhan yang amat berat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata dakwaan tersebut bukan sahaja mencemarkan nama baik universiti-universiti awam, malah berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti sistem pendidikan tinggi negara.

“Apa yang dibangkitkan baru-baru ini, termasuk dakwaan bahawa antara 30,000 hingga 60,000 pelajar memasuki universiti awam melalui apa yang disebut sebagai ‘pintu belakang’ serta gambaran bahawa sistem pendidikan tinggi negara sedang mengalami kecelakaan, merupakan tuduhan yang amat berat.

“Lebih membimbangkan, naratif yang cuba dibina seolah-olah peluang pelajar yang layak telah dirampas oleh pihak tertentu demi kepentingan kewangan.

“Ini adalah tuduhan yang mempunyai implikasi sangat besar terhadap persepsi masyarakat, khususnya ibu bapa dan pelajar yang sedang melalui proses kemasukan ke institusi pengajian tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan sistem kemasukan ke universiti awam di negara ini dilaksanakan melalui mekanisme yang jelas, telus dan berasaskan merit serta syarat kelayakan yang ditetapkan.

Katanya, universiti-universiti awam sentiasa komited memastikan akses pendidikan tinggi diberikan secara adil kepada mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Namun beliau menegaskan, sekiranya benar dakwaan pelajar memasuki universiti melalui saluran yang tidak sah atau menyalahi peraturan, maka pihak yang membuat tuduhan tersebut perlu mengemukakan bukti dan fakta yang menyokong dakwaan berkenaan.

“Tuduhan sebesar ini tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa sebarang pembuktian. Dalam dunia akademik, angka bukan sekadar angka.

“Setiap angka yang disebut mesti mempunyai sumber, metodologi dan asas yang boleh disemak serta diuji kebenarannya,” katanya.

Zambry berkata kebebasan bersuara bukan lesen untuk menyebarkan tuduhan tanpa asas dan sebarang kritikan mestilah berpaksikan fakta, bukti dan kejujuran intelektual.

“Dalam dunia akademik, hujah dijawab dengan fakta. Analisis disokong dengan data. Dan tuduhan yang serius mestilah disertakan dengan bukti yang kukuh.

“Jika bukti itu tidak dapat dikemukakan, maka pihak yang membuat tuduhan perlu bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.