26 JUN : Angka korban gempa bumi yang melanda Venezuela pada Khamis meningkat kepada 589 orang dan 2,980 lagi cedera.
Dua gempa berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter menggegar utara dan tengah Venezuela pada Rabu malam.
Kerajaan sementara kemudiannya mengisytiharkan darurat susulan gegaran kuat tersebut yang merosakkan dan meruntuhkan banyak bangunan.
Setakat hari ini, operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan susulan pihak berkuasa bimbang lebih ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Pasukan bantuan antarabangsa turut dikerahkan ke negara Amerika Selatan itu bagi membantu usaha berkenaan.