11 JUL : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi mengajak semua pihak kembali merapatkan saf usai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, malam ini.
Calon Menteri Besar Johor itu berkata selepas mandat yang diterima hari ini, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang baru dipilih perlu memberi khidmat secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang rakyat.
“Kemenangan ini mandat untuk berkhidmat kepada masyarat dan bangsa Johor. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama.
“Musim PRN Johor telah berakhir. Mari kita rapatkan saf, buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
“Bila kita sudah menang, kita akan jaga semua Bangsa Johor, Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Kita semua ialah Bangsa Johor,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat UMNO Johor, hari ini.
Beliau sempat menzahirkan penghargaan kepada rakyat Johor atas sokongan yang diberikan sepanjang proses pilihan raya itu berlangsung.