nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Alexander tidak pertahan Parlimen Kapit pada PRU16

12 OGOS : Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kapit pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau yang merupakan Menteri Kerja Raya berkata keputusan itu dibuat selepas hampir 30 tahun berkhidmat sebagai ahli Parlimen.

Namun, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menegaskan beliau tidak akan bersara daripada politik dan berhasrat meneruskan perjuangan melalui platform berbeza, termasuk kemungkinan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di kawasan Parlimen Kapit.

“Sebenarnya saya memang agak teguh untuk melepaskan Parlimen ini. Saya tidak bersara daripada politik, namun mungkin akan meneruskan perjuangan politik melalui cara lain dan bukan lagi sebagai ahli Parlimen.

“Sudah hampir 30 tahun saya sebagai Ahli Parlimen. Saya sudah memegang pelbagai jawatan antaranya Timbalan Menteri di Kementerian Luar Bandar, Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan sekarang Kementerian Kerja Raya.

“Saya rasa sudah sampai kita bagi peluang kepada generasi muda (di Parlimen),” katanya, lapor BH.

Menurut Alexander, jika kawasan DUN baharu sempat diwarta sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak beliau menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi yang dikenali sebagai Melekun itu.

“Ia perlu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita difahamkan SPR akan buat pameran dan akan mengumumkannya nanti.

“Jika ada DUN baharu di Parlimen Kapit, saya sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di sana,” katanya.

Alexander berkata sudah tiba masanya beliau menumpukan perhatian kepada pembangunan di peringkat negeri, khususnya di Kapit, walaupun tidak lagi bergelar Ahli Parlimen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.