nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tidak boleh alpa meski ekonomi berkembang kukuh

14 OGOS : Kerajaan MADANI tidak boleh alpa meski pertumbuhan ekonomi negara memberangsangkan susulan masih ramai rakyat bergelut dengan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara juga tidak terkecuali menerima impak daripada pergolakan ekonomi dunia termasuk tekanan terhadap pekerja dan perniagaan susulan ketidaktentuan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan global.

“Malaysia tidak terkecuali daripada kesan pergolakan ekonomi dunia. Sungguhpun kita menyambut baik angka pertumbuhan yang memberangsangkan, kita tidak boleh alpa bahawasanya masih ramai rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup, manakala sebahagian pekerja dan perniagaan berdepan keadaan yang sukar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah proaktif kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI membantu mengurangkan kesan gangguan bekalan global, selain menyokong penggunaan dan pertumbuhan ekonomi.

“Apakala krisis Asia Barat menggugat rantaian bekalan dan ekonomi dunia, Kerajaan MADANI telah mengambil langkah serta-merta untuk melindungi rakyat dan perniagaan.

“Antaranya termasuk menyediakan pembiayaan kepada PKS yang terjejas serta mengekalkan subsidi bahan api secara bersasar agar rakyat dan perniagaan terlindung daripada tempias kejutan ekonomi dari luar,” katanya.

Beliau berkata langkah itu membantu mengekalkan perbelanjaan isi rumah, merancakkan kegiatan perniagaan serta mempertahankan momentum pertumbuhan ekonomi pada suku kedua (S2) 2026.

Pada masa sama, Anwar berkata inflasi Malaysia kekal terkawal pada 1.9 peratus pada S2 2026 walaupun gangguan rantaian bekalan meningkatkan tekanan harga di seluruh dunia.

Katanya, bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan subsidi bersasar menerusi BUDI MADANI terus disalurkan bagi mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan paling terkesan akibat kenaikan kos sara hidup.

Anwar berkata kerajaan tidak sekadar mengejar angka pertumbuhan tinggi, sebaliknya memastikan kekayaan dan kemajuan negara diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti serta bantuan kepada golongan rentan.

“Hatta, Kerajaan MADANI bukan sekadar mengejar angka pertumbuhan yang tinggi. Kekayaan dan kemajuan negara mesti dimanfaatkan untuk mengangkat harkat rakyat melalui pendapatan yang lebih bermakna, peluang pekerjaan yang bermutu serta bantuan kepada golongan rentan.

“Inilah ikhtiar yang akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI,” katanya.

Menurutnya, Malaysia kekal berada pada kedudukan strategik untuk meraih manfaat daripada permintaan global terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E), kitaran menaik teknologi, peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta pendigitalan.

Beliau berkata pelaburan mampan dalam teknologi, pusat data dan infrastruktur utama dijangka meningkatkan kapasiti produktif negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan terus melaksanakan agenda reformasi di bawah Ekonomi MADANI dengan disiplin fiskal kekal sebagai keutamaan.

Anwar berkata kerajaan sedang berusaha mencapai sasaran fiskal jangka sederhana di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 termasuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus atau lebih rendah dalam tempoh berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.