nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Status penumpang helikopter KKM terhempas belum dapat dipastikan

8 SEPT : Status kru dan penumpang helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaporkan terhempas di Long Lelang, Sarawak, petang ini masih belum dapat dipastikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan di lokasi kejadian berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lelang.

“Saya amat berdukacita apabila menerima laporan awal berhubung insiden sebuah helikopter FDS KKM yang dilaporkan terhempas pada petang ini.

“Sehingga kini, status kesemua kru dan penumpang serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama pihak perubatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah berada di lokasi kejadian berhampiran STOLport Long Lelang dan operasi sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini susulan laporan awal berhubung insiden helikopter FDS KKM yang terhempas.

Menurutnya, penerbangan berkenaan berlepas dari Miri dan dikendalikan seorang juruterbang, selain membawa empat petugas kesihatan KKM.

Katanya, empat petugas itu terdiri daripada seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.

Dzulkefly berkata KKM sedang memantau situasi itu dengan rapi dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa keselamatan, pasukan penyelamat serta agensi penerbangan berkaitan bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini dari lokasi kejadian.

Pada masa sama, kementerian juga sedang menghubungi waris serta ahli keluarga mangsa yang terlibat bagi memberikan sokongan sewajarnya.

Beliau turut memohon kerjasama media dan orang awam agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.

“Sama-sama kita doakan agar segala urusan pencarian dan menyelamat dipermudahkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.