nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kecam gesaan pindah paksa rakyat Palestin dari Gaza

10 SEPT : Malaysia mengecam sekeras-kerasnya gesaan terbaharu rejim Zionis Israel untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa dari Semenanjung Gaza.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Luar atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra turut mengecam keganasan berterusan pendatang haram Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

“Malaysia menolak sebarang cubaan memindahkan atau menempatkan semula rakyat Palestin dari tanah air mereka,” tegas kementerian itu.

Menurut Wisma Putra, pembunuhan, ugutan, pemusnahan harta benda dan pemindahan secara paksa oleh pendatang haram Israel merupakan pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Tindakan sedemikian terus mengukuhkan pendudukan, memperluas penempatan haram Zionis secara sistematik serta merampas tanah milik rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu lagi.

Malaysia turut menegaskan Semenanjung Gaza adalah sebahagian daripada Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT) dan menolak sebarang usaha mengubah struktur demografi atau geografinya.

“Malaysia juga menolak usaha mengusir rakyat Palestin dari Tebing Barat melalui peluasan penempatan dan keganasan pendatang haram,”menurut Wisma Putra.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), mengambil tindakan konkrit bagi menghentikan pencabulan berkenaan, memastikan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan serta melindungi rakyat Palestin.

Dalam pada itu, kementerian berkata Malaysia menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestin untuk terus kekal di tanah mereka dan menubuhkan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.