nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penerbangan terus Malaysia-Rusia perlu dipercepat

12 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan keperluan mempercepat usaha merealisasikan penerbangan terus antara Malaysia dan Rusia.

Anwar berkata, usaha itu penting bagi merancakkan hubungan kedua-dua negara khususnya dalam sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan.

Beliau turut menggesa supaya kemudahan perjalanan tanpa visa yang dipersetujui sebelum ini dapat direalisasikan segera.

Perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan dua hala Anwar bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin sejurus tiba di New Delhi, India, sekitar jam 11 malam.

“Saya membangkitkan keperluan untuk mempercepat usaha merealisasikan penerbangan terus antara Malaysia dan Rusia serta kemudahan perjalanan tanpa visa seperti yang telah dipersetujui sebelum ini, bagi merancakkan pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.”

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyatakan penghargaan atas dukungan Rusia terhadap kerjasama tenaga bersama Malaysia.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan peningkatan kemasukan minyak sawit Malaysia ke pasaran Rusia serta usaha menggandakan nilai perdagangan antara kedua-dua negara.

Anwar berkata, setiap persetujuan yang dicapai perlu segera diterjemahkan kepada pelaksanaan.

Justeru, beliau mencadangkan penubuhan mekanisme khas antara Malaysia dan Rusia bagi menyelaras serta mempercepat pelaksanaan semua kesepakatan, yang dipersetujui Putin.

Pada penghujung pertemuan, Anwar turut menyampaikan semula undangan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.