nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tingkat penguatkuasaan cegah pencemaran sungai

14 SEPT: Kerajaan akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan melalui pemeriksaan ke atas punca-punca pencemaran termasuk kilang, loji kumbahan dan bengkel khususnya yang terletak di hulu loji rawatan air.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, operasi secara besar-besaran dengan kerjasama dari pelbagai agensi penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pemeriksaan kepada punca pencemar.

“Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan beberapa operasi yang telah di lakukan iaitu Ops Bau yang telah dilaksanakan di Selangor pada awal tahun 2020, Ops Air Raya pada bulan Mei dan Julai 2020 dan Ops Gempur yang dijalankan secara berkala sepanjang tahun di seluruh negara,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya di Dewan Negara, hari ini.

masrizal
AHMAD MASRIZAL MUHAMMAD

Beliau menambah, kementeriannya sedang mengadakan perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar isu pencemaran alam sekitar dapat disiasat berlandaskan dari sudut keselamatan negara.

“Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi kesalahan berkaitan pencemaran air, denda maksimum yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar akan terus mengambil tindakan tegas ke atas pencemar alam sekitar,” ujarnya.

Selain itu, Ahmad Masrizal berkata, kegiatan pembangunan di kawasan berhampiran sungai perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan pencemaran bekalan air mentah sehingga boleh menyebabkan henti tugas loji rawatan air dan bekalan air bersih kepada rakyat terhenti. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.