nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM bukan Pendakwa Raya : Azalina

13 OKT : Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak seharusnya didesak menentukan keputusan pendakwaan terhadap mana-mana individu, tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan secara konsisten tanpa mengira kedudukan politik atau identiti individu yang terlibat.

“Dalam isu desakan YB Jelutong (RSN Rayer) supaya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memastikan seseorang dituduh semula, persoalan asas yang perlu diberikan perhatian ialah kedudukan kuasa pendakwaan di bawah Perlembagaan Persekutuan  dan keperluan untuk mengelakkan campur tangan politik dalam keputusan berkaitan kes individu.

“Pertama, Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya. Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan tertakluk kepada kerangka perlembagaan dan undang-undang yang berkenaan.

“Keputusan pendakwaan hendaklah dibuat berdasarkan pertimbangan undang-undang, fakta dan bukti, bukan tekanan atau kehendak politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Jelutong itu membangkitkan isu berkenaan ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, semalam dengan mempersoalkan keputusan menghentikan pendakwaan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes dana Yayasan Akalbudi yang membabitkan 47 pertuduhan.

Beliau menggesa Anwar memastikan Jabatan Peguam Negara meneliti semula kes itu dan jika wajar, mendakwa semula Ahmad Zahid untuk dibicarakan.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi berkata desakan sedemikian perlu dinilai berdasarkan prinsip kebebasan pendakwaan yang tidak seharusnya dipengaruhi kepentingan politik.

“Prinsip kebebasan pendakwaan mesti dipertahankan secara konsisten. Kita tidak boleh menolak campur tangan politik dalam pendakwaan, tetapi pada masa yang sama mendesak Perdana Menteri memastikan pertuduhan dikenakan semula terhadap individu tertentu kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan.

“Prinsip kebebasan pendakwaan mesti dihormati dalam amalan politik, bukan sekadar dalam cadangan perubahan institusi,” katanya.

Menurutnya lagi, dakwaan pilih kasih perlu dinilai berdasarkan bukti di mana sesiapa sahaja berhak mempersoalkan keputusan pendakwaan dan menuntut penjelasan yang munasabah.

Namun katanya, perbezaan keputusan antara kes tidak dengan sendirinya membuktikan berlakunya campur tangan politik atau layanan berat sebelah.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menegaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang perlu terpakai kepada semua, termasuk pemimpin kerajaan, pembangkang dan rakyat biasa.

“Tiada sesiapa yang harus diberikan kekebalan daripada undang-undang hanya kerana jawatan atau kedudukan politik,” katanya.

Pada masa sama, Azalina berkata setiap individu, termasuk pemimpin UMNO, berhak mendapat proses undang-undang yang adil dan tidak seharusnya menjadi sasaran pendakwaan semata-mata untuk memenuhi tuntutan politik.

Menyentuh kes Yayasan Akalbudi, beliau berkata Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam Malaysia memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung keputusan pendakwaan.

Katanya, prosiding berkaitan masih berjalan dan persoalan undang-undang yang dipertikaikan perlu diputuskan oleh mahkamah.

“Desakan politik supaya Perdana Menteri menentukan tindakan pendakwaan bukan pengganti kepada proses tersebut,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.