nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelarian masuk lepas Januari 2023 tidak layak daftar bawah DPP

13 OKT : Pelarian yang memasuki Malaysia selepas Januari 2023 tidak akan dipertimbangkan untuk pendaftaran di bawah Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi mengelakkan program berkenaan menjadi faktor penarik kepada kemasukan pelarian baharu ke negara ini.

“Bermula kita umumkan DPP sebagai satu mekanisme pendaftaran, cut-off date kita adalah Januari 2023, maksudnya pelarian yang masuk selepas itu (selepas Januari 2023), mereka tidak akan diberikan peluang untuk kita pertimbangkan di bawah DPP. Kita proses yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang meminta KDN menyatakan sama ada pemberian DPP akan memberi isyarat kepada sindiket untuk membawa masuk lebih banyak pelarian.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kerajaan kini memberi tumpuan kepada pengurusan kira-kira 225,000 pelarian sedia ada yang setakat ini hanya dikenal pasti berdasarkan jumlah keseluruhan, tanpa maklumat terperinci mengenai nama, umur dan alamat mereka, selain belum menjalani tapisan keselamatan.

Menurutnya, proses pendaftaran akan memberi keutamaan kepada pelarian yang berada di depot sebelum diperluaskan kepada mereka yang berada di luar depot.

Beliau turut menjelaskan bahawa usaha mengumpulkan data pelarian sudah dimulakan sebelum ini dengan puluhan ribu individu direkodkan dalam fasa awal pelaksanaan.

Katanya, sebahagian daripada mereka yang direkodkan itu sudah bekerja dan mempunyai majikan, sekali gus membolehkan kerajaan memperoleh maklumat lebih lengkap mengenai kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, proses pendataan akan diperluaskan bagi memastikan maklumat yang dikumpulkan lebih tepat dan boleh dipercayai untuk membantu kerajaan merangka dasar awam yang lebih berkesan serta boleh diukur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.