nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Melaka: Tiada tambahan, BN tetap bagi PAS 7 kerusi

24 OKT : BN tetap berpegang pada perjanjian yang dimetrai dengan PAS tanpa berhasrat mengubah bilangan kerusi untuk ditandingi rakan strategiknya itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan yang dicapai menerusi ‘bai’ah’ atau aku janji itu perlu dihormati semua pihak.

“Saya pun mendengar adanya usaha-usaha ‘pengintaian’ (tambah kerusi) itu, tetapi kita sudah ada ‘bai’ah’. Kita sudah ada perjanjian bahawa mereka diberikan peluang untuk merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN.

“Kita serahkan kepada mereka untuk pengagihan dalam kalangan parti gabungan di dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab di Melaka, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan satu atau dua kerusi pada PRN Melaka.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun Zahid mengumumkan tujuh kerusi diperuntukkan kepada PAS dan rakan strategiknya, pembahagian muktamad masih perlu diputuskan Jawatankuasa Perundingan Kerusi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan BN tetap akan mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

“Setakat ini, itulah yang sudah diputuskan dan kita pegang apa yang kita persetujui bersama,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, Zahid mengesahkan rundingan kerjasama politik antara BN dan PAS bagi menghadapi PRN Melaka sudah dimuktamadkan.

Berdasarkan persetujuan itu, BN akan bertanding di 21 kerusi DUN, manakala tujuh kerusi lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan strategiknya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.