KENYATAAN MEDIA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) secara rasminya telah menerima pemakluman daripada Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak melalui surat bertarikh 27 Oktober 2026 berhubung dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 sebagaimana termaktub di bawah Perkara 21 (2) Perlembagaan Negeri Sarawak berkuat kuasa pada 26 Oktober
2026.
2. Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.
3. Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas bagi urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak yang Ke-13 akan diadakan pada 6 November 2026 (Jumaat).
4. Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Datuk Seri Ramlan Harun, Pengerusi SPR bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Sarawak yang Ke-13 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
5. Satu sidang media turut akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut selesai.
Datuk Khairul Shahril Idrus
Setiausaha SPR.