nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes Najib: Peguam Negara mohon menghadap Agong

7 NOV : Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), ia bagi memohon ampun dan menyatakan pendirian untuk mematuhi titah baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International.

Perkara itu dimaklumkan PMO menerusi kenyataan media hari ini, susulan kemelut isu pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat itu yang menjadi polemik nasional dalam kalangan rakyat.

Menurut kenyataan itu, Peguam Negara turut akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul susulan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi.

“Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Semalam, Najib disahkan sudah melunaskan denda RM50 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah sesuai pengampunan bersyarat diterima pada 18 September lalu.

Namun, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Sultan Ibrahim itu.

Menurut AGC, penangguhan dibuat susulan timbul persoalan perundangan berhubung tafsiran perintah itu, khususnya mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.

AGC berkata, terdapat dua interpretasi perlu diberikan penelitian lanjut iaitu pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda dan hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028.

Kemudian, hari ini, Istana Negara menegaskan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membabitkan Najib menjurus kepada tindakan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim bertitah, semua syarat yang ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi, justeru tiada alasan untuk mempertikaikan pelaksanaannya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.