KENYATAAN MEDIA
PENGELOLA BIJAYA DIRAJA NEGERI SEMBILAN
Istana Negeri Sembilan merujuk kepada kenyataan Istana bertarikh 17 November 2026 berhubung surat peletakan jawatan bertarikh 16 November 2026 yang dihantar ke Istana Hinggap, serta laporan media, hari ini.
Sebagaimana dimaklumkan dalam kenyataan tersebut, peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa sekiranya diperkenankan oleh Kebawah Duli Tuanku dan pihak Istana belum mengesahkan surat tersebut.
Dalam majlis menghadap pada pagi ini, yang turut dihadiri oleh YTM Dato’- Dato’ Undang, YAB Datuk Ismail Lasim telah menyembah maklum Kebawah Duli Tuanku bahawa beliau tidak mengemukakan surat tersebut dan tidak bersetuju surat itu dikemukakan. Beliau telah menyatakan perkara yang sama dalam sidang media hari ini.
Oleh kerana beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak meletakkan jawatan, adalah tidak tepat dan tidak berdasarkan fakta untuk mengatakan bahawa pihak Istana mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar. Persoalan itu tidak timbul, kerana beliau menegaskan bahawa beliau tidak meletakkan jawatan. Pihak Istana akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan dan YAB Dato’ Ismail bin Lasim perlu menunjukkan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.
YAB Datuk smail Lasim juga hendaklah mengemukakan senarai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pertimbangan Kebawah Duli Tuanku.
Setelah perkara ini disempurnakan, tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri dan pembentangan Belanjawan Negeri akan ditetapkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Kebawah Duli Tuanku berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan.
PENGELILA BIJAYA DIRAJA