nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Sarawak: GPS menang 29 kerusi tanpa bertanding

28 NOV: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguasai 29 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas semua calonnya di kawasan berkenaan disahkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 29 calon disahkan menang tanpa bertanding dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak bagi penggal baharu.

“SPR turut memaklumkan bahawa seramai 29 calon telah disahkan menang tanpa bertanding dan dipilih sebagai ADUN Sarawak yang ke-13.

“Oleh itu, tiada pertandingan akan diadakan di 29 DUN tersebut. Sehubungan dengan itu, pengundi di DUN berkenaan tidak perlu hadir atau keluar mengundi pada Hari Mengundi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan GPS memperoleh 29 kerusi tanpa perlu melalui proses pengundian, manakala 53 kerusi lagi akan menyaksikan pertandingan membabitkan 168 calon daripada pelbagai parti politik dan calon BEBAS.

Berikut senarai 29 kerusi yang dimenangi calon GPS tanpa bertanding:

  1. Tanjong Datu – Azizul Annuar Adenan
  2. Pantai Damai – Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
  3. Demak Laut – Datuk Dr Hazland Abang Hipni
  4. Tupong – Datuk Fazzrudin Abdul Rahman
  5. Samariang – Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
  6. Satok – Datuk Ibrahim Baki
  7. Asajaya – Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
  8. Muara Tuang – Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim
  9. Sadong Jaya – Aidel Lariwoo
  10. Simunjan – Yussuf Chik
  11. Gedong – Tan Sri Abang Johari Openg
  12. Sebuyau – Datuk Seri Julaihi Narawi
  13. Lingga – Dayang Noorazah Awang Sohor
  14. Beting Maro – Awang Nashfarini Awang Sarbini
  15. Engkilili – Johnichal Rayong Anak Ngipan
  16. Saribas – Ricky @ Mohammad Razi Sitam
  17. Layar – Datuk Gerald Rentap Jabu
  18. Bukit Saban – Datuk Douglas Uggah Embas
  19. Kuala Rajang – Datuk Talif @ Len Salleh
  20. Semop – Abdullah Saidol
  21. Daro – Dr Safiee Ahmad
  22. Repok – Datuk Seri Huang Tiong Sii
  23. Dalat – Datuk Seri Fatimah Abdullah
  24. Tellian – Royston Valentine
  25. Katibas – Lidam Assan
  26. Bukit Goram – Jefferson Jamit Unyat
  27. Bekenu – Nurfatin Syafawani Tahamat
  28. Lambir – Datuk Dr Ripin Lamat
  29. Bukit Sari – Datuk Awang Tengah Ali Hasan

SPR berkata, sebanyak 168 kertas penamaan calon diterima dan disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon di 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) seluruh Sarawak ditutup pada jam 10 pagi.

Daripada jumlah itu, GPS mengemukakan 82 calon, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) (29), calon Bebas (22), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (17), DAP (14), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (tiga) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) (seorang).

SPR turut memaklumkan tiada kertas penamaan calon ditolak dalam proses berkenaan.

Bagi 53 kerusi yang dipertandingkan, sebanyak 29 kerusi menyaksikan pertandingan dua penjuru, 15 kerusi (tiga penjuru) dan sembilan kerusi (empat penjuru).

Dari segi profil calon, kumpulan berusia 60 tahun dan lebih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 88 orang, diikuti lingkungan 50 hingga 59 tahun (47), 40 hingga 49 tahun (18), 30 hingga 39 tahun (12) dan 18 hingga 29 tahun (tiga).

Calon tertua ialah John Antau Linggang, 78, yang bertanding di DUN N39 Krian mewakili PBDS, manakala calon termuda ialah Irene Wong Lee Ting, 24, mewakili DAP di DUN N54 Pelawan.

Tempoh rasmi berkempen bagi 53 kerusi yang dipertandingkan bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada hari penamaan calon dan berakhir pada jam 11.59 malam, 11 Disember ini.

Hari pengundian PRN Sarawak ke-13 ditetapkan pada 12 Disember 2026.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.