nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TH tak lantik bukan Islam urus hotel

11 OKT: Dakwaan pihak tertentu kononnya seorang profesional bukan Islam dilantik menjadi Pengurus Besar sebuah hotel milik Lembaga Tabung Haji (TH) adalah tidak benar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, semakan pihaknya mendapati memo tular berhubung isu tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff adalah cadangan lantikan daripada pengurusan tertinggi TH.

Menurut beliau, cadangan tersebut telah dibawa kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk mendapatkan kelulusan.

ahmad marzuk shaary
AHMAD MARZUK SHAARY

“Untuk makluman, cadangan yang diangkat oleh CEO TH itu tidak pernah mendapat penglibatan atau dibawa ke sebarang perbincangan dengan pihak kami Pejabat Menteri atau TImbalan Menteri sebelum dikemukakan kepada Lembaga Pengarah.

“Walau bagaimanapun, alhamdulillah cadangan tersebut telah pun ditolak oleh pihak Lembaga Pengarah TH semasa mesyuarat pada 1 Oktober lalu.

“Dengan penolakan ini, maka tidak berbangkit lagi soal lantikannya, dan saya ingin menjelaskan secara tuntas dan muktamad bahawa tidak berlaku lantikan Pengurus Besar bukan Islam tersebut sebagaimana dakwaan atau kegusaran sesetengah pihak,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Memo yang tular dalam media sosial itu baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan umat Islam yang mahu TH mengutamakan umat Islam untuk mengisi jawatan di institusi tersebut.

Ahmad Marzuk turut memaklumkan, pengurusan TH telah diarahkan untuk mengemukakan semula cadangan calon Pengurus Besar hotel yang baharu yang beragama Islam supaya lebih sesuai serta menepati visi dan roh institusi pelaburan kebanggaan umat Islam itu.

Beliau menghargai segala komen dan pandangan masyarakat serta sentimen mereka yang gelisah dalam isu sedemikian.

“Justeru, setiap agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk dan khususnya pengurusan TH sentiasa diingatkan agar lebih peka dengan segala tindakan yang boleh mengundang kerisauan dan keresahan rakyat,” tegasnya.

Ahmad Marzuk memberi jaminan bahawa keutamaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini bukan sahaja memulihkan prestsi kewangan TH malah memastikan segala urus tadbir yang melibatkan institusi itu terjamin dari sudut kepatuhan syariah dan sensitiviti umat Islam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.