nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sanusi mahu tadbir Kedah secara berhemah tumpu tingkat ekonomi

17 MEI: Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor memberi jaminan akan menjalankan pemerintahan secara berhemah, adil dan saksama kepada semua pihak serta memastikan ekonomi negeri Jelapang Padi itu dapat ditingkatkan .

Katanya, tidak akan berlaku penganiayaan atau ketidakadilan terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan daripada kategori lantikan politik oleh kerajaan terdahulu.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan dan jika ada penambahbaikan, ia akan lakukan.

Adun Jeneri itu juga berikrar untuk menyingkirkan imej “negeri termiskin” dengan cadangan dan langkah drastik membasmi kemiskinan yang  fokus kepada ekonomi berasaskan pertanian.

MUHAMMAD SANUSI mahu tumpu majukan ekonomi Kedah -Foto Bernama

Sanusi berkata, menjadi harapannya di bawah kepimpinan beliau, Kedah menjadi negeri jaminan keselamatan makanan yang mampu memenuhi permintaan seluruh negara dan mengurangkan  pengimportan makanan.

Beliau juga akan menumpukan perhatian untuk menyediakan bekalan air bersih, internet berkelajuan tinggi dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

“Kami akan bekerja keras untuk menangani isu yang membelenggu kami selama ini. Kami juga berharap untuk mendapat maklum balas membina daripada semua,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik menjadi menteri besar Kedah hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin PN, termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Kedah.

“Kerajaan Kedah komited untuk bekerjasama dengan perdana menteri, Kabinetnya dan jentera persekutuan.

“Kami mahu menyelesaikan isu dan memenuhi keperluan rakyat,” tegasnya.

Sanusi turut mengucapkan terima kasih kepada Mukhriz Mahathir atas sumbangannya dan kerjasama dalam memastikan peralihan kerajaan negeri yang lancar.

Dalam pada itu katanya, rakyat perlu sedar yang perubahan kerajaan hari ini bukan daripada PAS, tetapi daripada Pakatan Harapan sendiri.

Beliau merujuk tindakan 2 Adun PKR, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin yang keluar parti Selasa lalu serta menyokong PN.

Tindakan 2 Adun itu serta 4 lagi Adun PPBM yang menyokong PN menyebabkan ia mendapat sokongan 23 daripada 36 wakil rakyat sekaligus membolehkan PN mentadbir Kedah selepas Mukhriz hilang sokongan majoriti.

Katanya, beliau akan memilih barisan exconya dalam masa terdekat.

Terdahulu. Sanusi mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Wisma Darul Aman, di Alor Setar.

Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, 3.05 petang ini pada majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti Adun Kedah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.