nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK DUN Chini uji kreativiti kempen calon bertanding

25 JUN :Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dianggap amat unik memandangkan Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menghadapi pandemik COVID-19.

Penganalisis politik, Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, ini merupakan pertama kali dalam sejarah PRK diadakan di mana parti politik tidak boleh berkempen secara himpunan awam kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, partisipasi dan kebebasan berkempen itu merupakan salah satu elemen penting dalam sistem demokrasi namun perlaksanaan pilihan raya dan kaedah berkempen norma baharu ini perlu dilaksanakan bagi mengelak penyebaran COVID-19.

“PRK DUN Chini ini kita akan melihat calon yang bertanding akan menggunakan kreativiti tersendiri dengan kaedah berkempen norma baharu melalui media sosial dan rangkaian komunikasi telefon pintar sebagai saluran kempen.

“Walaupun agar sukar dilaksanakan kerana kempennya terhad namun dengan cara ini kita boleh melihat juga adakah rakyat kita khususnya yang duduk di kampung sudah bersedia untuk negara laksanakan kempen melalui media sosial,” katanya ketika dihubungi PNBBC Portal, hari ini.

Dalam pada itu, Muhamad Nadzri berharap agar calon yang bakal bertanding perlu juga mengikuti sepenuhnya SOP yang telah di gariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika berkempen bertemu pengundi.

Beliau menambah, semua pihak yang terlibat wajib mempunyai iltizam dan usaha untuk mengawal dan memelihara keadaan Zon Hijau COVID-19 di kawasan Pekan, Pahang tanpa menjejaskan proses demokrasi.

“Setiap calon yang bertanding perlu memastikan tiada lagi berkempen berasaskan kepada perhimpunan ramai. Sekiranya mereka ingin berkempen gunalah kaedah teknologi digital seperti menggunakan aplikasi ‘Skype’, atau ‘Zoom’ untuk menyampaikan ceramah.

“Calon-calon perlu berkempen secara matang kerana kematangan itu akan mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan rakyat di DUN Chini yang berbilang kaum dan agama di samping norma baharu yang harus kita patuhi.

“Kita perlu sentiasa berwaspada ketika berkempen semasa PKPP kerana waktu ini bukannya satu bonus kepada setiap calon bertanding untuk bebas berkempen dan bergerak,” katanya. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.