nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

120 hotel ditutup sementara akibat pandemik COVID-19

24 OGOS : Kira-kira 120 hotel terpaksa ditutup buat sementara dan mungkin sepenuhnya setakat ini akibat pandemik COVID-19 demikian menurut kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH)

Ketua Pegawai Eksekutif MAH, Yap Lip Seng, dalam satu kenyataan hari ini berkata, industri perhotelan mengalami kerugian lebih RM6.5 bilion pendapatan pada 2020 dan berkemungkinan sebanyak RM9 bilion lagi setakat tahun ini.

Beliau menegaskan bahawa MAH ketika diawal pandemik telah melobi sokongan dan bantuan daripada kerajaan termasuk pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pelancongan domestik.

“Memandangkan sekatan pergerakan dan larangan perjalanan yang dikenakan ketika ini, amat malang kerana industri perhotelan masih tidak dapat menjana pendapatan yang mencukupi untuk terus bertahan, sekali gus memberi kesan langsung kepada kehidupan tenaga kerjanya.

“Dalam usaha untuk menyokong ahli kami, MAH telah melancarkan program MAH Cares, dengan memperuntukkan bantuan makanan bernilai RM200,000 melalui wakil persatuan negeri untuk mengedarkan barang keperluan dan bekalan makanan kepada pekerja dalam industri hotel yang memerlukan.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada ribuan keluarga dengan keperluan asas dan barang keperluan,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Inisiatif itu juga menurut Yap akan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan industri selain mendorong sektor awam serya swasta menyokong industri pelancongan dan hotel di Malaysia.

Katanya lagi, program ini mendapat tajaan daripada Yeo Hiap Seng (Yeo’s), jenama makanan dan minuman isi rumah yang dikenali di Malaysia.

” Yeo’s telah melengkapi program MAH Cares dengan bekalan makanan dan minuman bernilai lebih RM100,000 dengan Yayasan Amal Ng Teng Fong.

“Tajaan secara langsung akan membolehkan MAH menyokong lebih banyak keluarga yang memerlukan pertolongan dengan serta-merta,” ujarnya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.