nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penarafan global bukti kedudukan ekonomi negara kukuh

8 JULAI: Pelbagai penilaian penarafan global telah mengesahkan kedudukan Malaysia dalam pelbagai aspek dan merupakan pengesahan terhadap dasar dan langkah-langkah Malaysia yang baik.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semua penilaian tersebut menyokong kenyataan beliau semalam berhubung keyakinan pelabur terhadap Malaysia hasil langkah-langkah rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan.

Menurut beliau, Malaysia berada di tangga keempat di dunia dalam pengurusan krisis COVID-19 menurut Toluna-Blackbox Index of Global Crisis Perceptions 2020 dan tangga ke-12 dalam Laporan Ease of Doing Business 2020 oleh Bank Dunia.

Tengku Zafrul menambah, Malaysia juga menduduki tangga ke-12 dalam DHL Global Connectedness index 2019, tangga ke-26 dalam Global Talent Competitiveness Index 2020 dan tangga ke-27 dalam World Economic Forum’s 2019 Global Competitiveness Index.

“Daripada pencapaian kedudukan tersebut, pelaburan keseluruhan Malaysia yang diluluskan adalah bukti keberkesanan kita dalam memudahkan perniagaan atau ease of doing business.

“Pada tahun 2019, meskipun dengan latar belakang persekitaran ekonomi yang mencabar, Malaysia berjaya mencatat dan meluluskan pelaburan sebanyak RM208 bilion,” jelasnya dalam Laporan Laksana Ke-12 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diterbitkan hari ini.

Beliau menjelaskan, daripada jumlah tersebut, pelaburan langsung asing (FDI) adalah sebanyak 40 peratus manakala selebihnya adalah daripada pelaburan langsung domestik.

Tengku Zafrul memberitahu, jumlah itu menghasilkan lebih 5,000 projek dan dijangka akan mewujudkan lebih 120,000 peluang pekerjaan baharu.

“Pelabur dari Amerika Syarikat, China dan Jepun merupakan penyumbang terbesar, mewakili 66 peratus daripada jumlah FDI yang diluluskan,” jelasnya.

Beliau menyatakan, terdapat ramai lagi pelabur yang teguh bertapak dan melabur di Malaysia dan perkembangan itu mengesahkan daya saing dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Saya ingin meyakinkan semua bahawa kerajaan tetap komited dalam menyokong pelabur asing, terutamanya mereka yang menambah nilai kepada teras ekonomi Malaysia di samping menjana peluang pekerjaan, seperti memupuk bakat baharu dan syarikat Malaysia untuk menjadi pemain global.

“Berlandaskan asas ekonomi dan institusi yang kukuh, insya-Allah, Malaysia masih kekal berdaya saing walaupun telah berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk Krisis Kewangan Asia dan Krisis Kewangan Global,” katanya.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul berkata, ekosistem pasaran modal Malaysia juga dilengkapkan dengan pasaran kewangan yang dikawal selia dengan rapi.

“Memandang ke hadapan, komitmen kerajaan adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan, tadbir urus yang lebih baik, pengurusan kewangan awam dan penyusunan semula struktur ekonomi untuk kelangsungan dan daya tahan ekonomi Malaysia,” ujarnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.