nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ikut semula jajaran asal ECRL – MB Pahang

19 JULAI: Kerajaan Negeri Pahang berharap satu keputusan dapat dicapai bagi mengembalikan semula pelan asal jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berpendapat bahawa ECRL perlu diteruskan mengikut pelan perancangan asal kerana boleh membawa manfaat kepada rakyat dan keuntungan untuk jangka masa panjang.

Menurut beliau, jajaran asal awal ECRL akan melalui Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum memasuki Selangor yang telah dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Terdapat beberapa faktor agar perancangan awal ini diteruskan antaranya adalah untuk meningkatkan lagi penghantaran kargo dari utara berbanding ke selatan kerana di kawasan selatan sudah mempunyai pelabuhan lain seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

“Kita juga ingin melihat ECRL yang jajarannya melalui Gombak akan dilaksanakan kerana ini akan menghasilkan integrasi dengan sistem aliran Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan LRT,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook miliknya, hari ini.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai telah menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu bagi mengkaji semula pelaksanaan asal ECRL yang benar-benar lebih menguntungkan untuk jangka masa yang lebih panjang.

“Projek sudah berada pada tahap kira-kira 14 peratus di Pahang tetapi apabila kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan bahawa projek ini akan dikurangkan kos dengan perubahan yang sedikit, ia adalah satu perkara yang amat merugikan kerana kita sudah mengambil langkah untuk menyediakan tanah bagi melengkapkan projek ini.

“Tahun 2019, sebanyak 1,394.4 hektar tanah merangkumi 232.5km jarak perjalanan yang merentasi Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan sudah pun dalam proses untuk diambil alih,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya ECRL mengikut pelan asal, ia akan membawa kembali peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang.

“Sudah pasti ledakan ekonomi akan berlaku sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini apabila siapnya infrastruktur ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.