nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siasat kegiatan intipan tanpa kebenaran – Shahidan

22 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menjalankan siasatan terhadap individu melakukan intipan tanpa kebenaran sekali gus melanggar hak peribadi seseorang ketika mereka mengadakan mesyuarat atau perbincangan.

Ahli Parlimen BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata tindakan ini perlu dilakukan kerana perbincangan yang diintip dan dibawa ke Parlimen merupakan satu perkara yang belum disiasat dan menjadi satu kesalahan jika didedahkan.

Beliau menambah, jika perkara itu tidak dipandang serius maka ia akan membolehkan sesiapa sahaja untuk menjadi pengintip yang boleh menimbulkan masalah terhadap negara serta memudaratkan privasi seseorang.

“Kami akan lakukan terbaik mengenainya tetapi pihak polis kena siasat dan keluar kenyataan bolehkah orang mengintip hantar pengintip dari dalam dan hebahkan, boleh ke berbuat demikian, kerana perkara ini boleh menimbulkan keluh-kesah hak peribadi seseorang yang perlu dipertahankan. Kita tak mahu ramai pencuri.

“Hak peribadi tidak boleh diketengahkan begitu sahaja bukan persoalan yang melibatkan mahkamah tetapi sekiranya semua orang boleh mencuri hal peribadi orang lain, jadi masalah negara kita ini. Yang boleh berbuat demikian hanyalah polis sahaja tetapi kalau ada rakyat lain boleh berbuat demikian mengintip, kena ada peraturan boleh buat demikian.

“Saya minta supaya polis siasat kerana kita bukan berperang yang membolehkan kita untuk mengintip tetapi ini negara aman dan jika dilakukan akan benarkan untuk mewujudkan keresahan kerana kita tahu ini benda boleh didedahkan jika ada kes mahkamah,” katanya dalam sidang media di Bilik Media, Bangunan Parlimen hari ini.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) mengulas tentang tindakan Ahli Parlimen PH Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang berdegil mahu memainkan rakaman audio dalam sidang Dewan Rakyat semalam walaupun tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau turut menyokong tindakan kerajaan merujuk Ramkarpal kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa cuba mengelirukan Dewan Rakyat.

“Perkara itu harus dilakukan kerana dakwaan Bukit Gelugor (Ramkarpal) adalah tidak berasas dan suatu perbuatan mengelirukan dewan yang menjadi kesalahan mengikut Peraturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Kalau benarkan satu orang pasang audio di Parlimen, apa akan jadi pada Parlimen kita, esok ramailah pasang audio di Parlimen yang boleh mengelirukan Dewan. Kalau mereka ada audio, bukan untuk dibawa ke Parlimen tetapi pergilah jumpa polis,” katanya.

Sementara itu, Shahidan menggesa agar penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) perlu dipercepatkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) yang lepas dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam tersebut.

“RCI perlu dipercepatkan untuk menyiasat apa yang berlaku kepada TH dan TH tak perlu meneruskan kehidupan emreka dengan biarkan benda ini berlalu dengan tidak perbetulkan apa yang berlaku. Minta juga TH beli balik harta yang telah dijual kerana TH adalah hak-hak pendeposit orang Islam,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.