nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahdzir terkilan laporan media, nafi minta rasuah

4 OGOS: Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid terkilan dengan laporan media berhubung keterangan salah seorang saksi dalam kes projek solar di Sarawak, Rayyan Radzwill Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Beliau mendakwa, rata-rata laporan tersebut kelihatan cuba menjejaskan dan memburukkan imej serta reputasinya di mata rakyat.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu berkata, penulisan-penulisan berkenaan telah memberi kesan tidak elok kepada pekerjaan-pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.

“Saya terbaca laporan-laporan berita berkenaan keterangan salah seorang saksi kes Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Rayyan Radzwill Abdullah yang diberikan semalam.

“Laporan-laporan tersebut menyebutkan saudara Rayyan bersetuju kepada soalan-soalan peguam bahawa saya telah meminta ‘habuan’ sebanyak RM60 juta daripada syarikat Jepak Holdings melalui seorang bernama Mohd Fuad Yasin dan satu perjanjian bertulis telah disediakan.

“Saya terkejut dengan kenyataan saudara Rayyan tersebut. Saya telah menafikan tuduhan-tuduhan itu semasa saya dipanggil sebagai saksi dan memberi keterangan di mahkamah dalam kes yang sama sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Mahdzir memberitahu, beliau sedang berhubung dengan peguam untuk mendapatkan nasihat guaman dan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi menjaga nama baik dan kepentingannya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak boleh memutuskan sebarang tindakan undang-undang lagi kerana tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rayyan di mahkamah

“Saya telah minta peguam saya untuk memohon mendapatkan nota keterangan daripada mahkamah sebelum saya komen dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Mahdzir menyarankan kepada orang ramai dan pengamal media untuk tidak membuat andaian dan tanggapan berdasarkan hanya daripada sumber yang terhad.

Beliau juga yakin fungsi mahkamah adalah untuk menentukan suatu fakta itu sah dan betul, berkenaan apa jua keterangan yang diberikan oleh mana-mana saksi dalam perbicaraan.

“Semua pihak, termasuk saya sendiri hendaklah menghormati fungsi tersebut dan tidak mendahului mahkamah dalam hal ini,” ujarnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.