nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

FDI wujudkan 157,760 peluang pekerjaan sejak 2017 – MITI

22 MEI: Sebanyak 157,760 peluang pekerjaan diwujudkan sejak 2017 hingga 2022 melalui pelaburan langsung asing (FDI) yang dibawa masuk ke negara ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata daripada jumlah itu sebanyak 84 peratus (%) merupakan pekerja tempatan dan bakinya melibatkan pekerja asing.

“Kemasukan FDI merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi yang membawa kesan limpahan positif kepada negara dan rakyat menerusi penjanaan peluang perniagaan, pemindahan pengetahuan, kemahiran dan teknologi serta penciptaan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Berdasarkan data pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), projek pemilikan asing yang direalisasikan dari kelulusan tahun 2017 hingga 2022 telah mewujudkan 157,760 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah ini, 133,117 atau 84.3% adalah pekerja tempatan manakalaa selebihnya 26,643 merupakan pekerja asing. Ianya terhasil daripada sejumlah 1,392 projek pemilikan asing bernilai RM426.6 bilion,” katanya ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Majlis Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang meminta menteri menyatakan jumlah pekerjaan sebenar yang diwujudkan hasil daripada FDI sejak 2017 hingga 2022.

Mengulas lanjut, Liew berkata bagi sektor perkilangan, sebanyak 1,164 projek melibatkan pelaburan bernilai RM329.9 bilion telah direalisasikan yang mewujudkan 150,873 peluang pekerjaan.

“Lima industri perkilangan utama melibatkan pemilikan asing yang mewujudkan jumlah pekerjaan tertinggi adalah industri elektrik dan elektronik sebanyak 75,593 pekerjaan, barang logam asas 14,477 pekerjaan, jentera dan kelengkapan 7,001 pekerjaan, barangan galian bukan logam 6,820 pekerjaan dan barangan getah 5,721 pekerjaan.

“Bagi sektor perkhidmatan sebanyak 228 projek dengan pelaburan bernilai RM96.7 bilion telah direalisasikan bagi tahun 2017-2022 dan mewujudkan 6,887 peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Johari turut membangkitkan sama ada pihak kementerian atau MIDA menapis syarikat-syarikat yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan anggaran pelaburan bernilai RM170 bilion di China baru-baru ini.

“Adakah MITI atau MIDA telah menapis syarikat-syarikat ini sebelum membawa perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menyaksikan majlis tandatangan MoU itu?
“Ini kerana saya nampak ada beberapa syarikat yang tidak mempunyai rekod prestasi untuk kita persembahkan kepada sebuah negara seperti China yang merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia,” katanya.

Liew ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan berkata MoU yang ditandatangani itu dipantau oleh jawatankuasa khusus selain melalui proses biasa nyang diamalkan MIDA.

“Untuk masa depan sebenarnya kerajaan dipandu oleh dasar pelaburan baharu iaitu lima kriteria iaitu untuk meningkatkan complexity ekonomi kita, untuk menjana pekerjaan bernilai dan berpendapatan tinggi, memperluas rangkaian domestik dan juga mewujudkan kuasa ekonomi baharu dan juga tambahan kepada apa yang sedia ada serta meningkatkan keterangkuman,” katanya.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.