nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli KWSP melabur dalam SPA KWSP dikurangkan

30 APRIL: Berita baik buat Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak membuat pelaburan dalam Skim Pelaburan Ahli (SPA KWSP).

Ahli ini akan menikmati pengurangan caj jualan yang dikenakan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) untuk tempoh 12 bulan sehingga 30 April 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias, berkata penurunan caj untuk skim pelaburan itu bermula esok dan membolehkan ahli mempelbagaikan portfolio persaraan pada kos yang lebih rendah.

Beliau berkata, bagi pelaburan yang dilaksanakan melalui ejen, kadar caj jualan akan dikurangkan daripada maksimum tiga peratus kepada kadar maksimum 1.5%, sementara pelaburan yang dilaksanakan melalui i-Invest dalam i-Akaun (Ahli) tidak akan dikenakan sebarang caj jualan.

“Ahli yang layak dan bijak mengurus kewangan boleh memanfaatkan struktur caj yang lebih rendah untuk mengoptimumkan pulangan dan mempelbagaikan portfolio pelaburan berdasarkan pelan persaraan mereka.

“Ketika ini adalah waktu yang sesuai untuk berbuat demikian memandangkan keadaan pasaran semasa dan memberi memberi peluang kepada ahli untuk melabur dalam dana terkurang nilai.

“Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar selidik dan menganalisis dana dengan sewajarnya, contohnya melalui fungsi-fungsi yang disediakan dalam platform i-Invest agar ahli memilih dana yang bersesuaian dengan sasaran pelaburan jangka panjang dan menepati profil risiko mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi memastikan kelangsungan industri pengurusan dana dalam waktu yang mencabar ini, KWSP juga akan mengurangkan fi perkhidmatan yang dikenakan ke atas IPD untuk tempoh yang sama sebanyak 50%.

Menurut KWSP, fi perkhidmatan yang akan dikurangkan kepada 0.0625% daripada 0.125% adalah berdasarkan aset di bawah pengurusan (AUM) yang diuruskan IPD dan ia tidak akan dikenakan ke atas dana atau ahli.

Bagi ahli yang berusia 55 tahun dan ke atas yang menjalankan transaksi melalui i-Invest, fi perkhidmatan yang dikenakan ke atas IPD dikurangkan kepada 0.125% daripada 0.250% ke atas sesuatu amaun pengeluaran.

“KWSP juga ingin mengingatkan ahli bahawa pengurangan caj ini hanya terpakai untuk pelaburan yang dibuat di bawah SPA KWSP, dan tidak terpakai untuk transaksi atau perkhidmatan KWSP lain, seperti yang didakwa oleh beberapa pihak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.