nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sindiket palsukan ujian Covid-19 ditumpaskan, 2 ditahan

7 JUN: Dua lelaki Bangladesh yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 negatif bagi warga asing ditahan dalam 2 serbuan di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-dua suspek yang merupakan penjaga kaunter itu ditahan dalam serbuan kira-kira 5.40 petang kelmarin.

“Kaunter yang beroperasi di kaki lima kedai di Jalan Alor itu telah beroperasi satu hingga 2 minggu dengan setiap dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 dikenakan bayaran RM50.

“Pihak polis mendapati kadar sewaan tapak adalah RM600 sebulan dan beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari sehingga 9 malam, di mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba, ketika berurusan dengan pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sasaran pelanggan dipercayai terdiri daripada warganegara asing dan kedua-dua suspek bekerja dengan anggaran gaji RM1,500 hingga RM1,700 sebulan.

Antara bahan bukti yang dirampas dalam serbuan itu termasuk beberapa unit komputer riba, mesin pencetak, mesin laminator, beberapa helai kertas keputusan ujian saringan Covid-19 palsu dan wang tunai RM1,331.

“Suspek dan rampasan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.”

Dokumen palsu keputusan ujian saringan Covid-19.

Mazlan berkata, pihaknya memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.

“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanya membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.”

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.