nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan politikkan siasatan SPRM terhadap ahli Armada

8 JUN: Semua pemimpin politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung rampasan wang tunai bernilai kira-kira RM600,000 di rumah dua ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), kelmarin.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan berkenaan perlu kerana kenyataan dikeluarkan pemimpin politik terbabit bukan hanya mengganggu siasatan, malah boleh menimbulkan persepsi dan tohmahan negatif terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan penyiasat kes terbabit.

Beliau berkata, SPRM juga perlu melengkapkan segera kertas siasatan kes berkenaan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan sekiranya terdapat bukti kukuh mengenai kes penyelewengan dana parti.

“Pejabat Peguam Negara perlu melakukan pendakwaan segera bagi mengelakkan kes penyelewengan dana parti berkenaan dipolitikkan oleh mana-mana pihak tertentu.

“Semua pemimpin politik berkenaan juga digesa supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media termasuk menerusi laman sosial kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan dalam kalangan rakyat, selain mengganggu siasatan SPRM,” katanya ketika dihubungi PNBBC Portal hari ini.

Mengulas lanjut, Jais berkata tindakan seumpama itu juga dilihat seolah-olah pemimpin politik berkenaan mahu menggunakan laman sosial untuk mempertahankan atau membela diri biarpun Pejabat Peguam Negara belum membuat sebarang pendakwaan kes rasuah atau penyelewengan dana berkenaan di mana-mana mahkamah seperti sepatutnya.

“Kita sepatutnya bersikap berani kerana benar, takut kerana bersalah, tetapi apa yang membimbangkan sekarang ramai pemimpin politik di Malaysia sekarang bersikap sebaliknya. Kebanyakan ahli politik di Malaysia bersuara lantang kerana mahu mempertahankan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dilakukan.

“MCW melahirkan kerisauan kerana orang ramai termasuk ahli politik lebih gemar menggunakan media sosial sebagai medium mempertahakan diri mereka daripada perbicaraan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan mereka bukannya menunggu pendakwaan dan keputusan kes sebenar di mahkamah,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.