nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelan Bayaran Mudah TNB kurangkan beban bil tinggi – Najib

16 JUN: Pelanggan-pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menerima bil elektrik yang tinggi boleh memanfaatkan Pelan Bayaran Mudah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka hanya perlu membayar kadar minimum seperti yang dibenarkan di bawah pelan tersebut.

Menurut beliau, kadar penggunaan elektrik domestik juga dijangka lebih rendah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan dan pada masa yang sama, pengguna masih menikmati kadar diskaun yang lebih tinggi sehingga akhir September ini.

“Masalah penyelarasan bil elektrik memang berlaku dan berpunca dari perbezaan antara bil anggaran yang diberi masa PKP di mana bacaan meter tidak dapat dilakukan dengan bil semasa selepas bacaan meter bersambung.

“Namun, diskaun bil yang diberi dalam pakej Prihatin bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) akhirnya akan menguntungkan pengguna,” katanya melalui hantaran Facebook beliau hari ini.

Selain diskaun, Najib menambah TNB juga memberi pengecualian bagi penalti lewat bayar sehingga akhir September ini.

Beliau turut mengulangi saranannya bulan lalu agar kerajaan membantu TNB mengstruktur semula pinjaman mereka sebanyak RM40 bilion untuk mengambil kesempatan kadar faedah yang telah menjunam di seluruh dunia semasa krisis COVID-19, termasuk memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman yang distruktur semula.

“Penjimatan kos faedah TNB ini boleh disalurkan untuk memberi rebat kepada pengguna domestik yang menerima impak paling besar peningkatan bil elektrik akibat penggunaan elektrik yang lebih tinggi hanya kerana mereka ikut arahan kerajaan untuk duduk rumah masa PKP,” jelasnya.

Najib juga berharap tarif elektrik akan disemak pada 1 Julai ini memandangkan kos bahan api telah jatuh mendadak sejak awal 2019.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyatakan, propaganda Pakatan Harapan (PH) kononnya Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid dibayar gaji RM11.5 juta setahun adalah satu lagi fitnah mereka.

“Gaji RM11.5 juta itu adalah untuk CEO TNB dan bukan untuk Pengerusi Bukan Eksekutif TNB.

“Gaji pengerusi bukan eksekutif adalah RM30,000 sebulan, iaitu lebih rendah berbanding pendapatan RM86,464.92 sebulan Menteri Kewayangan kerajaan PH dahulu yang telah banyak menjahanamkan ekonomi Malaysia,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.