nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Chini: 156 kertas undi pos dikeluarkan

22 JUN: Sebanyak 156 kertas undi pos dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini semalam.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pengeluaran kertas undi pos bermula pada pukul 2.30 petang dan dijalankan oleh petugas pilihan raya di Dewan Komuniti, Majlis Daerah Pekan.

“Kesemua 156 permohonan undi pos tersebut terdiri daripada kategori Borang 1A untuk petugas pilihan raya.

“Tiada Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara dan permohonan undi pos bagi kategori Borang 1B untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan kategori Borang 1C bagi anggota petugas kesihatan dan keselamatan yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

PRK DUN Chini pada 4 Julai ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan dua calon Bebas iaitu Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

Azhar menambah, proses pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada parti BN di samping menjemput seorang wakil pemerhati terpilih untuk menyaksikan proses pengeluaran kertas undi pos berkenaan.

Di samping itu, beliau memberitahu, proses pengeluaran kertas undi pos turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook SPR untuk meningkatkan lagi kefahaman masyarakat mengenai proses pilihan raya.

Azhar berkata, sebanyak 155 sampul keutamaan telah diserahkan kepada Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi-pengundi terbabit manakala satu lagi sampul keutamaan telah diserahkan oleh Pegawai Pengurus kepada pengundi melalui serahan tangan pada hari yang sama.

Beliau juga mengingatkan agar semua pengundi pos mengisi dengan lengkap dan betul serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus PRK DUN Chini sebelum 5 petang pada hari pengundian 4 Julai ini.

Sehubungan itu, Azhar turut mengingatkan para pengundi agar tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.

“Sekiranya perbuatan ini dilakukan, tindakan undang-undang akan diambil dan jika disabitkan serta didapati bersalah boleh dikenakan hukuman sewajarnya,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.