nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 individu dikompaun langgar PKPP

28 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan empat individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka telah dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk satu aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga, satu aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan dua aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai tiga warga asing ditahan dalam sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.

Berhubung Operasi Sanitasi Awam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam, Ismail Sabri menyatakan, sebanyak 22 operasi sanitasi meliputi 18 zon di enam negeri antaranya Sabah (12 operasi), Melaka dan Terengganu (3 operasi).

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang 10 sehingga 27 Jun lalu, Kementerian Kesihatan telah melakukansaringan ke atas 6,609 individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Daripada jumlah ini, 6,573 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing manakala 36 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Semalam, seramai 454 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari Indonesia, Iran, Iraq, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan, Jepun, Vietnam, Myanmar, Qatar dan Belanda.

“452 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala dua lagi dibawa ke hospital,” jelasnya.

Ismail Sabri menambah, seramai 148 individu pula telah memasuki sempadan negara di Johor dan kesemua mereka telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah.

“PDRM telah membuat 427 pemantauan pematuhan SOP kuarantin di rumah dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.