nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBT bantu peniaga buka semula perniagaan – Muhyiddin

28 JUN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta bersikap lebih proaktif bagi membantu para peniaga memulakan semula perniagaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam hal ini, pendekatan yang berbeza perlu dilakukan agar usaha kerajaan bagi menjana semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.

“Jika sebelum ini, peniaga dan pengusaha yang perlu merujuk kepada majlis daerah, PBT atau dewan-dewan perniagaan, kini pihak-pihak berkuasa dan agensi kerajaan pula perlu ke lapangan bertemu dengan peniaga untuk mengambil tahu masalah mereka.

“Ini juga adalah sebahagian daripada normal baharu yang mesti dibiasakan dalam cara kita bekerja,” katanya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengulas tentang perjumpaan dan dialog bersama wakil-wakil persatuan peniaga serta industri di daerah Muar di Pejabat Daerah Muar, Johor, hari ini.

Mereka antaranya mewakili industri kecil dan sederhana (IKS), penternak, perusahaan perabot, pengusaha bas, peniaga pasar malam dan pasar awam, pusat jagaan orang tua, di samping persatuan kontraktor dan wakil Dewan Perniagaan India Muar.

Hadir bersama-sama Perdana Menteri pagi tadi adalah wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Laksana Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Muhyiddin turut memberi peringatan agar jangan ada sebarang sekatan atau halangan tidak perlu bagi perniagaan-perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula daripada menjalankan urusan perniagaan mereka.

“Kita mesti permudahkan urusan mereka. Sekiranya mereka tidak punyai lesen, permudahkan urusan permohonan dan percepatkan proses memberi kelulusan kepada mereka,” jelasnya.

Beliau juga sedar bahawa sektor ekonomi di kebanyakan negara terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dan Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesannya.

“Betul Malaysia adalah antara negara yang diiktiraf terbaik dalam mengawal penularan wabak COVID-19.

“Tetapi, jangan pula kita terkebelakang berbanding negara-negara lain dalam fasa pemulihan ekonomi,” katanya.

Muhyddin memberitahu, atas dasar itu, kerajaan telah mengambil keputusan yang tegas dan berani untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat.

“Ini bagi memastikan semua perniagaan atau industri boleh memulakan semula aktiviti sekali gus memulihkan perniagaan mereka,” ujarnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.